0 Cart
0 Add all flipped products to cart Flipped
30.10.2023

Kelebihan Car Leasing Dengan QR Car Rental

Jika anda pernah bermimpi untuk memandu kereta paling latest tanpa komitmen bayaran bulanan, car leasing adalah tiket keemasan anda untuk capai impian ini. 

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda kelebihan car leasing, memberikan anda semua maklumat penting yang anda perlukan untuk membuat keputusan.

Teruskan membaca!

Apa Itu Car Leasing?

Car leasing bukan hanya sekadar alternatif merasai kereta idaman anda; ia tiket untuk anda memandu kereta terbaru tanpa terikat dengan komitmen bayaran jangka panjang.

Apabila anda memilih untuk mencuba car leasing, anda hanya bayar kadar sewaan pada fix rate atau bayaran tetap untuk tempoh yang singkat sahaja.

Biasanya tempoh ini hanya berlangsung dua hingga tiga tahun sahaja, jadi anda bebas untuk menukar kereta ikut kemahuan anda.


Kelebihan Car Leasing

Car leasing menawarkan banyak kelebihan yang membuatkannya lebih menarik dari alternatif yang lain, iaitu:


1. Bayaran Bulanan Rendah

Salah satu faedah paling ketara dari pajakan kereta ialah bayaran bulanan yang lebih rendah berbanding pinjaman kereta. 

Ini boleh membebaskan belanja bulanan anda untuk perbelanjaan penting lain.


2. Memandu Model Kereta Terbaru

Dengan car leasing, anda boleh menikmati memandu model kereta terkini yang sarat dengan ciri dan teknologi paling latest

Say bye-bye kepada kerisauan memandu  kereta tua dan bermasalah!

3. Kos Maintenance Lebih Rendah

car leasing

Kebanyakan kereta di bawah khidmat car leasing berada di bawah jaminan, yang bermaksud anda hanya menanggung kos maintenance yang  sangat rendah. 

Ini boleh menjimatkan anda dari masa ke masa.

4. Tak Perlu Melalui Proses Resale Yang Membebankan

Apabila tempoh car leasing anda tamat, anda hanya perlu memulangkan kereta itu kepada pengedar. 

Tak perlu pening-pening untuk melalui prose Resale yang banyak atau bimbang tentang nilai susut kereta anda.

Bagaimana Proses Car Leasing Berlaku?

1. Pilih Kenderaan Anda

Pilih kereta yang ingin anda sewa. 

Pastikan anda mempertimbangkan keperluan, bajet dan pilihan anda. 

Anda boleh memilih daripada pelbagai jenis jenama dan model.


2. Pilihan Tempoh Leasing

Tentukan tempoh pajakan atau leasing anda, biasanya 24 hingga 36 bulan. 

Pajakan yang lebih lama mungkin mempunyai bayaran bulanan yang lebih rendah, tetapi yang lebih pendek memberikan lebih fleksibiliti.



3. Buat Bayaran Pendahuluan (Deposit)

Walaupun bayaran pendahuluan untuk pajakan biasanya lebih rendah daripada pembelian, anda masih boleh memilih untuk membuat bayaran untuk mengurangkan bayaran bulanan anda.


4. Bayaran Bulanan

Bayaran bulanan anda dikira berdasarkan nilai susut nilai kereta sepanjang tempoh pajakan dan sebarang bayaran tambahan. 

Pastikan untuk merundingkan syarat ini untuk mendapatkan tawaran terbaik.



5. Had Mileage

Car leasing datang dengan syarat-syarat had mileage. 

Melebihi had ini boleh menyebabkan bayaran tambahan, jadi berhati-hati dengan tabiat memandu anda.



6. Pulangkan Kereta Kepada Pengedar

Setelah tempoh car leasing anda tamat, pulangkan kereta itu kepada pengedar. 

Anda kemudian boleh memilih untuk leasing kenderaan baru.

Adakah Car Leasing Untuk Anda?

Car leasing merupakan pilihan tepat untuk anda jika:

  • Anda prefer untuk memandu kereta model latest dan baharu setiap tahun;

  • Anda mahu bayar komitmen bulanan rendah dan dalam lingkungan bajet anda;

  • Anda tidak berminat untuk memiliki kereta model yang sama dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Jika anda rasa anda adalah individu yang kami sebut di atas, pilihan terbaik untuk anda adalah car leasing.


Mula Car Leasing Hari Ini Dengan QR Car Rental

Car leasing memberi peluang untuk menikmati faedah memandu kereta baharu tanpa beban kewangan pemilikan. 

Dengan bayaran bulanan yang lebih rendah, akses kepada model terkini dan kos penyelenggaraan yang minimum, car leasing alternatif terbaik yang anda boleh dapat di QR Car Rental.

Dengan QR Car Rental, pelbagai jenama kereta ditawarkan, dari kereta lokal seperti Perodua MYVI 1.5 SE 2nd Gen (RM1,500/bulan) hingga kereta Honda CR-V 2.0 (A) 2WD (RM5,000/bulan).

Bukan ini sahaja tau, banyak lagi jenama kereta ternama impian anda kami boleh sewakan setiap bulan.

Berminat? Boleh tekan link dibawah dan Whatsapp QR Car Rental hari ini!


Sewa Kereta Serendah RM1,500 Setiap Bulan Dengan QR Car Rental