0 Cart
0 Add all flipped products to cart Flipped
01.10.2023

Car Rental in Kuala Lumpur: Tips Dapat Sewa Kereta Terbaik

Musim cuti sekolah menghampiri, enjin carian Google semestinya dipenuhi dengan carian “car rental” atau pun “car rental in Kuala Lumpur” untuk yang merancang percutian di ibu kota.

Jika carian anda berfokus di sekitar Kuala Lumpur, pilihan kereta sewa sememangnya banyak dan anda akan rambang mata, tak tahu nak pilih yang mana satu.

Menyewa kereta di tengah kota bukan sahaja menjimatkan masa, malah menyelamatkan anda dari kos pengangkutan seperti teksi yang sudah tentu mahal.

Tapi, dalam kebanyakan pilihan yang ada, anda perlu bijak memilih yang mana paling sesuai dan terbaik untuk di sewa.

Jom kami kongsikan kepada anda tips memilih car rental service yang terbaik untuk anda di tengah kota ini. Let’s go!



Tips Dapat Sewa Kereta Tip Top

 

Di Kuala Lumpur, semestinya banyak saja options kereta sewa yang anda boleh pilih.

Tapi, anda perlu pandai pilih. Jom tengok ciri-ciri syarikat yang menyediakan kereta sewa yang baik.


1. Tengok review pelanggan sebelum ini

 

Tips pertama yang anda perlu look out adalah review pelanggan sebelum ini. 

Anda boleh lihat di website syarikat car rental tersebut di bahagian testimoni pelanggan. 

Jika lebih daripada 80% daripada pelanggan meninggalkan ulasan bahawa mereka berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut, anda perlu pilih syarikat tersebut.


2. Rujuk rakan terdekat

 

Tips seterusnya dalam memilih perkhidmatan car rental terbaik adalah merujuk rakan terdekat yang pernah menggunakan perkhidmatan sebegini.

Mereka pasti mengalami beberapa pengalaman dalam menyewa beberapa jenis kereta sewa, sama ada baik, buruk dan tidak menyenangkan.

Selain itu, mereka boleh mengesyorkan servis yang mempunyai tawaran dan diskaun yang syarikat itu sendiri tidak iklankan di mana-mana platform.

Tak adalah nanti anda tersilap buat pilihan, bahkan anda boleh dapat servis kereta sewa terbaik dengan harga yang murah!


3. Peraturan pickup & drop yang fleksibel

 

Anda perlu pilih servis kereta sewa yang membenarkan anda memilih tempat untuk pickup & drop kereta.

Sesetengah syarikat kereta sewa meletakkan peraturan pickup & drop kereta di tempat yang sama, dan tidak membenarkan dua tempat.

Ini agak leceh, lebih-lebih lagi jika anda menyewa kereta untuk jalan-jalan di ibu kota. 

Jadi, pilih syarikat kereta sewa yang memberi pelanggan fleksibiliti dalam menentukan lokasi pickup & drop.

Jangan risau tentang harga, hampir ke semua servis ini tidak mengenakan bayaran untuk setiap pickup & drop.

4. Tawaran & diskaun

 

Jalan-jalan sekeliling KL lebih syok jika boleh berjimat, kan? Lebih banyak diskaun, lagi banyak tempat boleh pergi!

Lebih-lebih lagi semasa musim cuti sekolah, semestinya banyak servis yang menawarkan diskaun dan tawaran servis yang murah. Servis kereta sewa tak terkecuali.


5. Pilihan tempahan online

 

Pilih syarikat sewa kereta yang membolehkan anda tempah secara online. 

Kenapa? Buat apa bayar secara tunai jika boleh bayar secara kredit.

Ia lebih baik sekiranya anda memilih syarikat sebegini kerana ia menjimatkan masa.

Kebanyakan syarikat yang memberi sewa kereta sudah menggunakan kaedah online payment

Ada yang sudah add-on beberapa jenis kaedah online payment untuk memudahkan proses seperti Atome.

6. Portfolio syarikat

Akhir sekali, cuba lihat beberapa lama sesuatu syarikat kereta sewa bertapak dalam bisnes ini.

Jika mereka sudah bertapak lebih dari 5 tahun, besar kemungkinan syarikat tersebut mempunyai reputasi baik dan boleh dipercayai.

Tapi, jangan lupa untuk tengok review di Google juga!

Kalau anda nak bergambar dengan berlatar belakangkan bangunan KLCC, jom kunjungi Jambatan Saloma.

Jambatan Saloma dihiasi dengan lebih 4000 LED warna-warni dan sangat meriah pada waktu malam.

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan kemeriahan lampu-lampu ini. Take note lampunya dibuka sekitar 7 hingga 12 malam.


Kenapa Qr Car Rental Terbaik di Kuala Lumpur?

1. Memenangi anugerah servis terbaik

 

Qash Auto sangat berdedikasi dalam menyediakan servis kereta sewa yang mampu milik dan juga premium tanpa proses sewaan yang rumit.

Dengan sokongan pelanggan kami melalui khidmat pelanggan, ini membolehkan kami memenangi Anugerah Khidmat Pelanggan 3 tahun berturut-turut!


2. Tiada caj dikenakan jika cancel

 

Cancel at the last minute? Takde hal lah!

Tiada caj tambahan dikenakan jika anda cancel sewaan kereta atas apa-apa sebab sekali pun.

Pastikan pembatalan dilakukan sebelum tarikh sewaan.


3. Maklumat anda selamat dengan kami

Transaksi dan maklumat peribadi anda semuanya selamat bila anda berurusan dengan Qash Auto.

4. Customer Service 24 jam!

 

Ada sebarang pertanyaan pada 12 malam? Sure can!

Kaunter khidmat pelanggan kami sentiasa terbuka untuk sebarang pertanyaan oleh pelanggan pada bila-bila masa.


5. Kereta sewa berkualiti

 

Kereta yang kami sediakan semuanya baharu dan berkualiti tinggi. Dari range kereta lokal ke kereta import, semuanya baru!

Perjalanan percutian anda tak akan terganggu dengan sebarang kerosakan sepanjang masa.


6. Sewa fixed rate!

 

“Hujung tahun mesti rate mahal gila, kan?”

Eh, siapa kata? Di QR Car Rental, kami menyediakan ke semua kereta sewaan kami dengan harga tetap, mengikut jenis kereta sewa yang anda pilih.

Jadi, jangan risau dengan perubahan harga, lebih-lebih lagi di QR Car Rental.



7. Kami deliver kepada anda!

 

Nak gerak terus ke Kuala Lumpur tanpa patah balik ke tempat pengambilan kereta? Beres, kami hantarkan terus ke rumah anda!

Tak perlu pening-pening lagi, sewa je dengan QR Car Rental!

Untuk tempahan, sila layari website QR Car Rental dengan klik di sini.

Tempah Kereta Sewa QR Car Rental Melalui Whatsapp