0 Cart
0 Add all flipped products to cart Flipped
26.09.2023

8 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk di Explore 2023!

“Selain Suria KLCC dan Petaling Street, apa lagi tempat menarik di Kuala Lumpur ni eh?”

Banyak sebenarnya yang anda boleh discover di tengah bandaraya ini. Dari tempat makan, hiburan, lepak dan waterpark – tinggal pilih saja.

Jadi, jom kami kongsikan 8 tempat menarik di Kuala Lumpur yang patut anda cuba tahun ni. Dah nak cuti sekolah kan? Apa tunggu lagi, teruskan membaca!


Tempat Menarik Di Kuala Lumpur 2023

 

1. KLCG

 

Sebelum anda jalan-jalan sekitar ibu kota, apa kata jamah sedikit sarapan pagi di Kuala Lumpur City Gallery?

Ini adalah salah satu galeri wajib anda lawati sekiranya anda melawati KL. 

Di sini anda boleh merasai pelbagai jenis makan termasuk pastri, kroissant, western dan bermacam lagi!

Sambil-sambil itu, lewati galeri mereka yang berkaitan dengan masa lalu atau sejarah KL, masa kini dan masa depan KL.

Ada juga model miniatur lokasi-lokasi ikonik di sekitar KL di galeri tersebut yang anda boleh tengok sendiri.

Jangan lupa untuk bergambar di depan tugu gergasi ‘I ❤️KL’ yang terletak betul-betul di sebelah galeri tersebut.

 

Waktu operasi: Setiap hari, 9 pagi hingga 6.30 petang

Alamat: Dataran Merdeka, 27, Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur


 

2. Aquaria KLCC

 

Aquaria KLCC terletak di bahagian concourse Pusat Konvokesyen Kuala Lumpur, di mana tempat ini mempunyai terowong lutsinar bawah air sepanjang 90 meter dan dilengkapi travelator.

Ia menempatkan lebih daripada 250 spesies haiwan akuatik dan separa akuatik dari Malaysia dan di seluruh dunia.

Tempahan tiket boleh dibuat secara online.

 

Tiket: Dewasa RM46.00, Kanak-kanak & Warga Emas, RM37.00

Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi - 8 malam


3. Petrosains

 

Petrosains, dengan keluasan sebanyak 7,000 kaki persegi, terdapat banyak tarikan di situ yang anda dan keluarga boleh terokai.

Antara pameran yang ada di sini adalah:

  • Dark Ride (Persembahan visual dari zaman pra-sejarah sehingga ke zaman moden di Malaysia)

  • Space (Pameran sains angkasa lepas)

  • Speed (Pameran kereta Formula 1)

  • Molecule Nano World

  • 3D Theatre

Harga tiket berbeza mengikut lingkungan umur. Dibawah adalah senarai harga tiket:

  • Dewasa MYKAD: RM19.60, Biasa RM29.70

  • Kanak-kanak 3-12 tahun MYKAD: RM7.95, Biasa RM17.50

  • Kanak-kanak 2 Tahun & ke bawah: PERCUMA

  • Warga emas MYKAD: RM9.50, Biasa RM 14.80

 

Waktu operasi: Selasa - Jumaat (9.30 pagi - 5.30 petang), Sabtu, Ahad, Cuti Umum (9.30 pagi - 6.30 petang), Isnin kecuali Cuti Umum dan Cuti Sekolah (Tutup).

Alamat: Level 4, Suria KLCC, PETRONAS Twin Towers, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan


4. Muzium Telekom

 

Muzium Telekom ini bukan sekadar memiliki reka bentuk yang menarik dan antik, di sini jugalah ke semua perkembangan teknologi komunikasi boleh didapati di sini.

Dari kod morse hinggalah kepada teknologi komunikasi digital, anda boleh pelajari dan lihat sendiri.

Bangunan Telekom ini telah mencapai hampir seabad usianya kerana telah dibina pada tahun 1928 dan telah diwartakan sebagai mercu tanda bersejarah oleh Arkib Negara.

 

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Cuti Umum, 9 pagi - 5 petang

Harga tiket: Dewasa RM 6, Kanak-Kanak RM3

Alamat: Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


5. Museum of Illusion Kuala Lumpur

 

Jom rasai dan alami sendiri pelbagai ilusi mata yang best di Museum of Illusion Kuala Lumpur.

Antara ilusi yang menarik tumpuan ramai pengunjung adalah Hollow Face Illusion, Rubin’s Vase, The Bottomless Pit, The Chair Illusion, Stereogram, Ames Room, The Vortex Tunnel dan banyak lagi.

Apa tunggu lagi, bawa anak-anak anda ke muzium ini dan ambil gambar banyak-banyak!


Waktu operasi: Isnin - Ahad, 10 pagi hingga 10 malam

Harga tiket: Dewasa RM35, Kanak-kanak RM25

Alamat: Tingkat 1, Ansa Hotel Kuala Lumpur, (Antara Fahrenheit 88 dan Lot 10 Mall), 101, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur


6. Pasar Seni

Pasar Seni atau Central Market ini merupakan satu pusat sehenti tradisi untuk produk seni dari Malaysia dan negara Asean.

Untuk yang meminati barangan hasil kraftangan, disini lah lubuk untuk anda shopping.

Kedai-kedai di sini menawarkan pelbagai jenis kraftangan tempatan, anda mesti rambang mata terutamanya apa melihat harga yang ditawarkan.

Selain membeli-belah hasil kraftangan, kalau sudah penat shopping, anda boleh naik ke tingkat 1 untuk makan. 


Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi hingga 9.30 malam

Alamat: Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur 50050


7. Jambatan Saloma

Kalau anda nak bergambar dengan berlatar belakangkan bangunan KLCC, jom kunjungi Jambatan Saloma.

Jambatan Saloma dihiasi dengan lebih 4000 LED warna-warni dan sangat meriah pada waktu malam.

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan kemeriahan lampu-lampu ini. Take note lampunya dibuka sekitar 7 hingga 12 malam.


8. Bamboo Hills

Bamboo Hills merupakan sebuah taman konsep yang menempatkan restoran dan kafe dan namanya diambil atas sebab bersebelahan dengan Taman Bamboo di Jalan Ipoh.

Susunan landskap sangat cantik, dengan kolam buatan dan jambatan di tengah-tengah.

Di depan pintu masuk pun juga ada air terjun buatan yang menjadi trademark kepada Bamboo Hills.

Dah penat bergambar, boleh lepak di restoran di situ. Terdapat 10 konsep unik restoran, tapi paling famous di situ adalah Botanica+.

 

Waktu operasi: Setiap hari, 7 pagi hingga 12 pagi

Bayaran masuk: RM5 parking (kereta), percuma (motosikal)

Alamat: Taman Bukit Bambu, Off, DUKE, Taman Bamboo, 51200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


Kesimpulannya, di atas adalah ke semua tempat menarik di Kuala Lumpur utama yang kami suggest, lebih-lebih lagi untuk mereka yang bukan orang KL.

Dari tempat bersejarah ke tempat urban, lewati semua tempat ini dan jangan lupa have fun!

Rancang perjalanan anda dari sekarang supaya anda sekeluarga tak bosan di rumah pada musim cuti.


Jalan-Jalan Around KL? Sewa Je Kereta Dengan QR Car Rental

Tengah plan jalan-jalan di KL ke tu?

Tak perlu susah-susah fikir pasal transportation, jom sewa kereta dengan QR Car Rental!

Pilih je kereta apa yang anda nak, hampir ke semua kereta, dari Perodua Axia ke Ford Ranger dan Nissan Skyline GTR R35 pun ada!

Sewa kereta dengan QR Car Rental sekarang dan nikmati percutian anda di Kuala Lumpur tanpa perlu fikir banyak. Klik link dibawah untuk book.


Jalan-Jalan Keliling KL Dengan Kereta Sewa QR Car Rental